Try to do something to achive something in my livE

Welcome to my blog..
You can reading about my daylife story here..
My family is only a very simple family..

tahun 2011.. umur semakin meningkat..
keperluan dan kepentingan anak perlu di utamakan.. kehidupan penuh dengan dungaan..
YA Allah permudahkanlah perjalanan hidupku sekeluarga..

A.Z.R.I.N.A

A.Z.R.I.N.A

Wednesday, October 29, 2008

Pertandingan Mewarna Kimi

Baru2 ni taska kimi ada wat pertandingan mewarna, macam xcaya jer dia dapat no.1 hehehhe
buktinya???

Hari-hari yang berlalu hingga hari ini

Masa beredar dengan terlalu pantas..siang, malam.. pejam , celik anak aku xlama lagi nak sambut birthday ke 2 tahun pada 05.12.2008 nie. Cepat betul, perubahan yang telah dilalui dan ank aku membesar dengan sihat sekarang walaupun kerap demam. Tapi alhamdulillah sejak umur dia 1 1/2 tahun hari tu dia xdemam2 lagi, ini sumer mungkin sebab bantuan vitamin tambahan yang aku selalu beri dia makan.. Scouts Emultion. Serba sedikit tentang perkembangan tumbesaran anak aku kimi. Dia mula niarap masa umur 3 bulan, 5 1/2 - 6 bulan mula menyorong badan kedepan, masuk 8 merangkak dan duduk, 12 bulan berjalan, 14 bulan pandai sebut nama mak dan abah tapi pelat.. sampi sekarang dia pelat tapi dia dah pandai bercakap macam2.. Binatang yang dia suka tengok (monkey n bird). Sejak aku hantar dia msuk taska masa umur dia 1 thn 1 bulan sekarang dia dah pandai dan suka belajar benda baru @ apa yang aku ajar kat dia. Nie gambar2 dia dari kecil hingga sekarang.

















































































































Thursday, October 23, 2008

Detik Kelahiran..

Hari berlalu sungguh cepat. Lepas check-up beberapa kali akhirnya aku bakal melahirkan ank aku yang sulung nie xlama lagi dah.. Kalau ikut due 06.12.2006. Tapi seminggu dari tarikh tu aku dah rasa sakit dan aku telah ke hospital, 3 hari jugak duduk kat wad Hosp. Bentong, akhirnya aku dibenarkan pulang dengan diberi 2 hari MC. Doktor kata kalau rasa sakit lagi tiap2 hari selepas keluar wad doktor suruh datang sambung mc.Lepas aku minta sambung dapat satu hari jer..sebab doktor yang suruh aku amik mc tu MC lah plak dia time tu.

Malam tu laki aku kerja malam, disebabkan dia xsedap hati nak tinggalkan aku malam tu, sia suruh aku bermalam di rumah mentua aku, malam tu sebelum dia pegi kerja kami sekeluarga tgk ceter BILUT, aku rasa mcm sakit perut. Macam orang kena cirit-birit, memulas-mulas. Aku terus masuk tidur, xlama lepas aku tido laki aku kejutkan, sebab dia nak ke tempat kerja.
Agak-agak dalam pukul 11.30, handset aku bunyi " abang dah sampai kilang, klu rasa sakit cepat2 kejutkan mak k " Aku tersenyum sendiri. Hati rasa mcm nak buang air plak, malasnya nak bangun, perut pun mcm sebu jer. Alah xtahan lah rasanya... Aku ke bilik air dan aku lihat ada darah meleleh di betis aku. Niat aku terus terbantut, aku basuh kaki dan aku terus kejutkan mak mentua aku. Kemudian tepon misi, dan dia check dah buka 1 cm, kamudian aku terus di bawa ke hosp. Temerloh.

Sejam dalam wad kecemasan nurse kata aku mungkin bersalin esok pagi lalu aku di hantar ke wad biasa.

Besoknya dalam pukul 9.30 pg aku dah tahan sangat dah, makin sakit pinggang aku, dah x tertahan lagi bila misi check dh 6 cm so dia suh aku siap2 untuk ke dewan bersalin. Dalam pukul 10.35 pg aku selamat melaahirkan anak lelaki dengan berat 3 kg dengan bertemankan suami aku disebelah katil, rasa gembira sangat.. Hingga berguguran air mata. Akhirnya pewaris keluarga aku yang di nanti2 telahpun selamat dilahirkan..





selepas dilahirkan







Doktor kemudian mendapati anak aku ada G6Pd so kena tahan kat ICCU 3 hari.. kesian dia aku sedih sangat masa tu, terpaksa duduk bawah lampu dahlah dengan keadaan aku masa tu xberapa sihat lagi.



Mangandung la plak..

ermm..agak lama dh xtulis sambungan blog nie.hari ni kita mula ngn ceter kehadiran orang ke-3 dalam perkahwinan kami.. my beloved son.

Masa tu dalam bulan 3 klu xsilap. Lama dah tggu date period tp dah seminggu lewat. Hati dah mula debar-debar dan pikir macam2.

Macam biasa ari jumaat lepas habis waktu kerja aku bergegas ke Pekeliling untuk naik bas Central Pahang untuk balik ke Bentong, maklumlah lepas kawin xdapat2 lg tukar kan terpaksalah berulang alik.

Besoknya aku bangun dan siapkan sarapan kat suami aku. Bila dia pegi keje aku siapkan segala kerja surirumah, bila tengahari baru teringatkan pragnantcy test yang aku dah beli dua hari lepas.

Aku pun buat lah pemeriksaan dengan penuh debaran, akhirnya keputusan +. Aku terus bgtau laki aku akan hal nie, dia gembira sgt. Sampai dia kata xpayah masakkan mkn malam kat dia, dia nk belanja. Malam tu kami pun pg lah makan kat restoran Tom YAm Seafood kat pekan bentong tu.

Friday, October 10, 2008

Gambar2 koleksi bersanding







Tarikh keramat <<31.01.2005>>

Berdebar-debar rasa hati nie.. jam dah hampir pukul sepuluh nak bersiaplah dulu, biarlah kerja ni orang lain yang buat nanti xsempat nak ke masjid.

Bersiap ala kadar dan menuju ke masjid untukmajlis akad nikah, huh!!! macam mna nie takutnyer rasa macamnak gugur dah jantung nie.

Selepas sekali lafaz akad, sah aku dh jadi isteri dia, majlis pembatalan air sembahyang disambung selepas itu dengan seutas rantai dipakaikan keleherku dan ciuman hangat didahi.
Bergambar seketika dan kami bertolak ke rumah aku untuk bersiap untuk majlis persandingan tengahari tu jugak..

Hari yang panas, berpeluh-peluh dibuatnya.Dengan 3 persalinan aku sorang jer sudahnyer menghabiskan sesi bergambar tu dengan persalinan yang ketiga, suami aku dah xlarat.

Selepas bergambar aku ke khemah untuk makan2 dan kemudian, kelaurga mentua aku dah bersiap untuk balik, aku hantar mereka ke kereta dan mereka bertolak balik..

Alhamdulillah lega rasa selepas semua selesai, cuma aku akan bersama dengan suamiku akan menempuh alam kehidupan bersama yang baru selepas ini. Apa dugaan yang mendatang akan dihadapi bersama.. Nanti aku akan uploadkan gambar2 semasa majlis perkahwinan aku berlangsung untuk tatapan semua. Arios!! jumpa lagi

Thursday, October 9, 2008

saat ikatan semakin dikukuhkan

hari ni adalah birthday aku yang ke 20, hari jugak hari pertunangan aku.. xsangka pertemuan 4 bulan lalu telah menyatukan kami berdua..xder ape yang istimewa hari tu cuma pihak aku sediakan makan2 biasa jer.buat nasi dagang utk rombongan pihak ancik (nama paggilan utk suami aku) dan hari tu jugak sebenarnya kami tengah bergaduh.. seminggu sebelum tunang lagi kami gaduh so masa tunang tu xderlah bergambar2 sebab xbertegur sapa lagi.. masing2 tengah marah kan..puncanya pasal nak tetapkan tarikh pertunangan tu jer..pihak dia nak buat 01.06.04 tp aku nak buat 04.06.2004 tu sebab konon2 nak samakan dengan tarikh birthday aku.. Berapa lama nak bertunang, belum ditentukan lagi, mungkin awal @ mungkin sampai 1 tahun.kemudian kami tentukan sendiri ikut perjanjian dan persetujuan kedua belah pihak. Nak upload gambar masa tunang xder yang khas pun, nanti aku uploadkan gambar kawin jerlah..

date ke-2 besoknyer

hehehhe..macam xcaya jer nak kuar date berdua plak ari nie.. jantung nie berdebar-debar giler

masa nie makan kat alamanda..lepas mkn kat alamanda.. ronda2 g taman botani dan taman putra perdana, lepak kat presint 2 sampi lewat mlm jugaklah baru balik. Masa tu masing2 story hal peribadi masing2.Dan masa tu jugak masa dia hantar aku balik dia bgtau sesuatu yang aku xsangka dia berani untuk lafazkan sebab kami baru berkenalan..
" sayang awak, nanti sampai umah 'ABANG' telefon" aku terus tersenyap jer bila dia sebut perkataan "abang"

Kenangan Terindah

Gambar first date..















Wednesday, October 8, 2008

Saat Pertemuan

Hari-hari di INTAN sms yang sama jer dapat dari Azri.. Slmt pg, miss u n c u, slmt mlm, miss u n c u.

14.02.2005, jamuan perpisahan dan perjalanan balik, hati berdebar-debar sepanjang perjalanan, sebab azri dah sampi di Puduraya, dari dalam bas aku dah agak ada 2 orang mamat kat kereta proton saga warna hitam, berbaju merah dan pakai cap..hati makin berdebar, tiba2 ada panggilan..

"Saya kat tepi simpang masuk ni, kat kereta proton warna hitam" sah memang orang tadi...
bila dah berdepan tiada sepatah kata pun terkeluar.. cuma dia pandang aku dalam cermin pandang belakang.. singgah makan malam di Serdang dan dia hantar blik ke flat hijau.. semapat lagi sebelum naik lif bergambar..

Gambar tu ada tapi bukan dalam koleksi peribadi aku.. nantilah bila ada kelapangan masa aku dapatkan gambar and upload kat blog nie.. tungguuu...

Pertemuan....

01.02.2005 Naik komuter ke stesen bas pudu nak g kursus indukdi di INTAN Kluang, aku g ngn member satu opis.

Tiba-tiba ada sms masuk, "selamat pagi, dah makan? Ngah wat ape tu?"
"ina dalam bas nk g kursus kat Johor 2 minggu" lama lepas aku balas sms, hampir separuh perjalanan, baru ada sms baru masuk.. " tak bagitau pun!! yelah, sapelah kita"

Aku tak balas sms tu hingg aku dah smpi kat bilik menginap di INTAN..Dari dalam bilik air dengar bunyi hset aku, sapelah plak nepon.Lepas solat magrib baru tengok hset... 5 misscall>>>>0129654518, Azri<<<

Dalam hati tertanya-tanya, ngape ek.. xperlah aku misscall. Terus dia telefon dan bagitahu, balik dari kursus nanti dia nakjemput aku di stesen bas puduraya.Tak sempat aku nak bagi jawapan talian dah putus dan sms sahaja yang datang.. C U n Miss U.

Kisah cinta mek kelate ngn mamat Bukit Tinggi

Malam tu aku puas duk nepon x-bf aku, tapi xder jawapan.. tiba2 ada org call kat hset aku..
0129654518, eeeeee..no sape lah plak ni. lepas 2,3 kali misscall.. hello!!
selepas kena maki dan kena marah, " maaflah..tadi kawan saya yang guna hset sy, dia kata nak tepon kawan, saya td nak tau no sape tu yang try call"

Alasan, nyampah betul aku.. kemudian hari2 duk tepon, malas aku nak layan orang xbetul nie..
tapi pada suatu hari, agaknya nak dikatakan jodohkan.. perbualan yang membawa kemesraan antara kmi bermula...

sakit dah sangat hati aku, tiap 5 min dia misscall..seharian macam tu. aku tepon dan marah..
" Alah awak nie saya nak kawan jer, xkan xboleh.. lepas dia berlembut lama-kelamaan cairlah..hati pempuan..

Maka bermulalah kisah persahabatan kami, xpenah bersua muka, tapi rasa rindu dah mula bertandang, kalau sehari x sms @ tepon tak bleh, tiap2 hari mesti ada dia sms... slmt pagi@slmt mlm paling kurang pun..

"selamat tahun baru, Rindulah nak dengar suara ina" sms menyambut tahun baru 2005
Sorang2 aku tersenyum sendiri..tapi aku xlayan.. jual mahal konon.

kemudian dia misscall, aku misscall dia balik, berbalas misscall dapat sms..
"Misscall tandanya rindu" aku terus terdiam..

cerita-cerita dulu

Assalamualaikum..
Ermmm..rasanyer eloklah memulakan blog nie dengan kisah hidup saya dulu dari zaman kanak-kanak sehingga sekarang sudah bersuami dan mempunyai anak.
Ermm kalau semua nak tahu tentang diri saya, saya ni anak bongsu tapi xrapat sangat dengan abah ngn mek. saya macam anak2 yang lain jer.setengah orang kalau anakbongsu manje dengan mak bapak tapi saya tak.
Saya suka berdikari, dan berani membawa haluan sendiri. Oklah dah tahu pasal peribadi saya, sekarang saya nak cerita tentang kisah kanak-kanak saya dulu.

Oleh kerana saya dan kakak2 agak jauh beza umurnya, saya lebih rapat ngan abang saya, dulu2 suka ikut dia g main2 kat sungai, kami memancing dan macam2. bila petang jaga lembu abah, hehehhehe. Apa yang abang saya buat itulah saya buat, mengaji sesama, buat kerja sekolah sesama, main sesama dan makan pun sesama. Walaupun kami rapat kami nie selalu gaduh. ermmm macam kucing ngan anjing.Tapi yang selalu kena marah dialah..

Sampailah suatu masa dia dah tamat ting.5, kami jadi renggang dan dia mula kerja di KL.
Tapi sekarang kami masih O.K lagi.

Ermmm...lepas dia habis ting.5, akulah plak tamat belajar. dapat result cukup2 makan jer.Sambung belajar ting.6, sambil2 tggu panggilan interview. 2 minggu di ting.6 aku berenti kebetulan masa tu dapat interview Pemb.Tadbir (P/O) 'keje sekarang nie'

lepas 3 minggu interview, dan habis kelas komputer aku dapat surat tawaran kerja..
"Alamak! lapor diri kat Putrajaya, jauhnyer"

20.12.2003, jam 7.40 malam aku dan mek juga abah naik keretapi ke KL Central untuk ke Putrajaya, nasib abg aku adakat Shah Alam.. lepak umah dia 2 hari, sampai masa aku pun ke putrajaya lapor diri.Sedang aku lapor diri abg ngn abh sibuk cari umah sewa untuk aku, akhirnya aku dapat menyewa di flat ijau presint 9, flat paling harmoni di M'sia. Di situ jugalah aku kenal dengan lela my best friend kat putrajaya.

Alhamdulillah lega rasa, kebetulan penempatan aku di SPA sama ngan lela, besoknya kami ke pejabat naik bas nadiputra sambil berebut-rebut. Ermmm panjang lak ceter aku nie ek.Harap sabar yer..ermmm, bila dah mula kerja, aku pun mulalah surve2 internet nie, perkara pertama sekali aku jumpa di internet ialah "yahoo massengger" wah canggih lah, tulis2 org sana boleh balas balik, kredit pun xhabis.hehhehe, lama kelamaan chatting maka aku kenal dengan mamat seremban nie.Sebulan kenal kat internet, dia ajak jumpa. "OK, jumpa kat Kl, setahun bercinta tiba-tiba jer dia senyap, xder sms, call xangkat.. tiba suatu hari aku tepon di rumah dia, mak dia angkat, mak dia ceramah aku..konon anak dia xleh ada tanggungjawab lagi bla.bla.bla... macam2 ada.Macamlah aku nak kawin ngan anak dia.Akhirnya dia sms aku bgtau nak jumpa "LAST" dia datang kat Alamanda.hari terakhir maka putus hubungan ngan dia sebab mak dia tak suka.. tapi masa tu aku xkisah sangat, aku terima jer.budak2 lah katakan.heheheheh 'cinta beruk' apa nak kisah, cuma masa tu aku memang sakit hati dengan sorang mamat yang selalu kacau aku kat tepon, konon silap no lah, apalah.. macam2..Mamat tu sekarang nilah jadi laki aku.hehehhe

Nanti aku ceter kisah aku ngn mamat ni plak.

My beloved son

Nama : Muhammad Azeem Haqimi bin Azrisham
D.O.B : 05.12.2006
Peribadi : sorang yang manje ngan kami, kuat merajuk n senang belajar sesuatu yang baru

About My Husband

Nama : Azrisham bin Kabiran
D.O.B : 22.11.1980
Hobi : Sports Washing especially "football"
Fav. Team : Manu
Istimewa tentang si dia :
Seorang yang penyayang, romantik dan suka menolong menyiapkan kerja-kerja rumah.. hehehhe
Kurang istimewa :
Panas baran, tapi semenjak dah kawin nie dah pandai bersabar sikit..

About Me

Nama Penuh : Nor Azlina binti Ghani
D.O.B : 04.06.1985
Umur : 23 tahun
Hobi : Memasak, Membaca Novel dan lain2 yang suka nak buat
dan
Asal dari negeri kelantan darul naim, seorang yang peramah, sensitif dan suka buat kerja-kerja rumah tangga.

my blog

my blog is a story about me, my husband, my son n my family