Try to do something to achive something in my livE

Welcome to my blog..
You can reading about my daylife story here..
My family is only a very simple family..

tahun 2011.. umur semakin meningkat..
keperluan dan kepentingan anak perlu di utamakan.. kehidupan penuh dengan dungaan..
YA Allah permudahkanlah perjalanan hidupku sekeluarga..

A.Z.R.I.N.A

A.Z.R.I.N.A

Friday, February 27, 2009

goal celebration.. benayoun

Champion League..

yea.yea,yea...
tentu semua dah maklum liverpool berjaya menewaskan REAL MADRID utk first round game semalam.. aku tengok perlawanan malam tu, mula2 rasa mcm dah kecewa sangat sebab gerrard xdapat main.. cuma 3 minit akhir perlawanan baru dia main. tapi apa2 pun liverpool dapat menjaringkan gol jugak sumbangan benayoun.. syabas the reds, perlawanan kedua di anfields nanti mudah2an memihak kepada liverpool jugak.. all the best.

Wednesday, February 25, 2009

UEFA CHAMPION LEAGUE

First knockout round..

yer seperti biasa sesapa kekawan yang mengikuti perkembangan bola liga bola sepak inggeris akan tahu minggu nie ada perlawanan penyingkiran pusingan pertama champion league.. ermmm, hari nie rasa lega jugak lah sikit sebab malam tadi keputusan perlawanan antara ManU vs Inter seri 0-0, so second round main kat manchester plak. tapi yang penting perlawanan sengit malam nie.. apa lagi liverpool vs real madrid, satu pasukan lawan yang tak terlawan. apa-apa pun all the best the reds, dan kat sini sapa yang ketinggalan perlawanan kelayakan yang lepas dan malam tadi jangan lupa layari laman web www://uefa.com

Tuesday, February 24, 2009

LIVERPOOL vs MANCHESTER CITY

Antara aksi2 kedua-dua pasukan malam 23.02.2009 yang membawa kepada keputusan perlawanan seri 1-1



Benayoun yang berhempas pulas untuk menghasilkan jaringan tetap gagal dek kerana benteng pertahanan manC, tapi syabas benayoun yang banyak membantu malam tu.






Permainan torres yang hambar dan tidak bertenaga. membuatkan dia sering gagal membuat jaringan dan mendapat bola.

berita hari nie plak...

Harapan semakin pudar ...

inilah tajuk yang meragut jiwa para penyokong liverpool hari nie di muka surat 30, berita sukan Akhbar utusan.. Kelebihan mata ManU sebanyak 7 mata menduduki tempat pertama liga menyebabkan liverpool mempunyai masalah utama untuk kembali berada di tahta liga.. kecuali apa yang diperkatakan dalam akhbar utusan hari mampu menyekat kemaraan manU untuk memungut 3 mata penuh dalam 12 perlawanan terakhir adalah benar. iaitu yang mana united berdepan kecederaan pertahanan, ini akan membantu liverpool mengalahkan manU dalam pertemuan pada 14 mac nanti di old trafford manchester sekiranya keceraan benteng pertahanan manU agak serius..



YOSSI Benayoun (kiri) dicabar pemain Manchester City, Micah Richards pada pertemuan di Liverpool, kelmarin. Keputusan terikat 1-1. - REUTERS

--------------------------------------------------------------------------------



LIVERPOOL, England - Rafa Benitez mengakui bahawa harapan Liverpool merebut gelaran persaingan bola sepak Liga Perdana England (EPL) kini terserah kepada keputusan dua perlawanan mereka berikutnya selepas gol penyamaan Dick Kuyt menyelamatkan mereka untuk seri 1-1 dengan Manchester City.

Gagal meraih tiga mata penuh menentang pasukan bimbingan Mark Hughes, kelmarin menjadikan Liverpool ketinggalan tujuh mata daripada juara bertahan Manchester United yang menanti pasukan Benitez di Old Trafford pada 14 Mac.

Namun di sebalik tamparan terbaru dalam pemburuan Liverpool untuk mengakhiri kemarau gelaran 19 tahun, pengurus Benitez menegaskan harapan mereka masih ada untuk memintas barisan juara Eropah milik Sir Alex Ferguson.

"Ia jelasnya lebih sukar buat kami sekarang. Kami perlu menang ke atas Middlesbrough dan Sunderland jika kami mahu menang piala," kata Benitez.

"Ini satu keputusan yang buruk kerana kami mampu melakukan lebih baik dengan peluang babak pertama kami. Saya yakin bahawa kami masih mampu melakukannya. Kami hanya perlu menang ke atas Middlesbrough dan Sunderland.

"Ia tidak mudah mengatakan bahawa United akan tergelincir tetapi masih ada 12 perlawanan lagi untuk dimainkan, jadi ia belum habis lagi. Ia jelas bahawa kami akan terpaksa ke Old Trafford dan menewaskan mereka.

"United dengan jelasnya mampu memenangi perlawanan dengan kualiti mereka, tetapi jika mereka kalah, kami perlu menang dan berada di sana untuk meraih kelebihan," katanya.

Liverpool kini mesti mengetepikan isu tempatan kerana mereka bersedia bagi pusingan kedua Liga Juara-Juara esok menentang Real Madrid di Bernabeu.

Benitez mengakui bahawa masih ada keraguan mengenai sama ada ketua pasukan Steven Gerrard akan pulih daripada kecederaan urat pelipat lutut selama tiga minggu tepat masanya untuk menghadapi juara Eropah sembilan kali.

"Kami akan lihat Gerrard. Dia perlu berlatih dan kami akan berbincang dengannya dan doktor," kata Benitez.

"Dia meningkat, tetapi tidak mudah untuk mengatakan," katanya.

City juga kurang bernasib baik untuk menamatkan penantian enam bulannya bagi satu kemenangan liga tempat lawan.

Gol sendiri Alvaro Arbeloa pada minit ke-51 memang kurang dialu-alukan dan pelawat sepatutnya menjaringkan lebih banyak jaringan.

Prestasi Craig Bellamy menentang bekas kelabnya merupakan kunci kepada usaha mengagumkan mereka dan bos City, Mark Hughes mengakui bahawa pemain antarabangsa Wales itu ada sebab untuk dibuktikan kepada Liverpool.

"Anda sentiasa mendapat pemain yang mahu beraksi baik menentang bekas kelab mereka dan Craig tidak terkecuali dalam hal ini," kata Hughes.

"Dia mungkin berasa bahawa dia tidak mendapat satu peluang yang adil apabila dia berada di Liverpool.

"Namun dia masih seorang pemain bermutu dan dia telah melaksanakan dengan amat baik buat saya dalam masa singkat apabila dia berada di kelab," katanya.

Hughes, pemenang gelaran dua kali ketika menjadi pemain Manchester United, mengakui bahawa bekas kelabnya kini di posisi depan untuk memenangi liga selepas keputusan itu.

"Masih ada perlawanan untuk diharungi, jadi Liverpool boleh bangkit semula tetapi mereka bakal berharapkan United terjatuh untuk menjayakannya," katanya.

"Bagaimanapun United tidak tampak akan banyak jatuh, jadi ia sukar bagi Liverpool sekarang," katanya.

Dalam babak pertama, Liverpool cukup garang. Ketiadaan Gerrard meninggalkan satu lubang besar di belakang penyerang tunggal, Fernando Torres dan ia tidak diisi dengan baik oleh pemain kecil Israel, Yossi Benayoun yang langsung gagal untuk menyulitkan penjaga gol City, Shay Given dan barisan pertahanannya.

Namun City cukup yakin dan ia tidak mengambil masa yang lama buat mereka mendapat balasannya selepas separuh masa.

Umpanan Robinho kepada Vincent Kompany membuka perangkap ofsaid dan pemain tengah Belgium itu menarik ke belakang untuk Bellamy yang rembatannya menewaskan Jose Reina menerusi satu tampanan daripada Arbeloa.

Ia satu pembukaan yang diharapkan dan City semakin gagah Ireland mendapati satu gol dibatalkan kerana ofsaid sebelum Robinho mengirim satu sepakan bebas yang tersasar sedikit.

Namun entah dari mana, Kuyt menyamakan kedudukan Liverpool pada minit ke-78 dengan satu serangan jarak dekat. - AFP

LIVERPOOL vs MANCHESTER CITY

yer.. akhirnya masa yang ditunggu telah tiba.. pukul 12.00 am 23.02.2009 aku bangun dari tido yang sejam lalu nak tengok 'game' semangat giler masa tu.. game mula tapi aku rasa kecewa ngn geram sangat ngan aksi pemain liverpool malam nie, banyak peluang keemasan untuk buat gol dipersiakan, pemain nampak x cergas, game slow.. hingga manC sumbat gol dulu.. aku rasa macam nak tendang j tv, tapi sabar2.. keadaan semakin genting.. aduh bila korang nak wat gol nie.. sakitnyer hati aku nie. masa dah nak tamat, kuyt akhirnya dapat balas gol lawan, Riera tukar ngan Babel.. minit tinggal lagi dalam 10 minit j lagi.. alamatnya xdapatlah nak tambah gol nie.. pemain agak ok cikit bila babel masuk tapi semuanya dah terlambat... wisel penamat ditiup pengadil.. perlawanan berkesudahan seri 1-1 j.tension siot... sukalah laki aku (manU fan) siap beli surat khabar metro n siap tunjuk berita yang kuar pasal game malam tadi.. aduh panasnyer hati aku nie... tapi nak wat cam ner.. gerrard pun xmain malam tu. belum sihat sepenuhnya lagi.. harap-harap champoin league khamis nie dapatlah gerrard beraksi.. kalau x hancuslah liverpool di tangan real.. aduh..

nie plak antara cerita dalam metro semalam (23.02.2009)



Ikut abah jual benih ikan

ermmm... xlah seronok sangat ape yg nk di ceritakan nie.. tapi saja dari duk umah xwat aper.. bla d pelawa ikut jer ngn gumbiranya.. tapi bkn gi jalan g cari benih ikan j. nak jual kat member dia.. ermmm pagi tu 22.2.09, seawal 7.00 am kami kuar umah ditemani gerimis pagi, kami menuju ke tempat bekalan anak ikan di rawang.. beli ikan dalam 12k hantar kat member dia d klang..jauhnyer weii. Penat rasa, dahlah hari ujan. sampi anakku azim menangis dalam kete menunggu bapaknyer selesaikan urusan.. aduh seharian rupanya, aku dah lah nak toup tido' malam ni ada game.. Liverpool vs ManC aduh.. Harap2 menanglah, dapat 3 point, hehehheh dapatlah kurangkan jurang mata ngn ManU.. ape2 pun sebab kepenatan petang baru smpi umh dalam kul 7 aku tapau lauk kat kedai j. heheheheh penat rasanyer walaupun bukan aku pande keter.. tapi letih layan kerenah azim.. mcm2 soalan nak d jawab.huh

Tunggu abah pack ikan



penuh kesabaran menunggu sehingga?????





dah tukar baju.. selepas seharian kerja teruk (menunggu abahnyer, sampai dah nangis2.. nak kuar keter xdapat hari hujan.. cian dia..



picnic

ha ni citer kami sekuarga di ujung minggu lps..21.02.2009
kami g picnic satu family k D' Ark.. tempat ni terletak di kawasan tempat tinggal aku di janda baik nie.. tempatnya best gaklah..sebenarnya kat janda baik nie melambak-lambak tempat riadah yang berkonsepkan mandi manda air sungai.. so nanti kalu aku g picnic tempat lain lak aku share lagi ngn korang.. so kat sini ada sikit gambar kmi kat citu..

Sungai D'Ark yang tenang dan bersih..



Bersiap-sedia ngan pelampungnya




ank ngan mak nyer


ank ngan bapak nyer


Friday, February 20, 2009

LIVERPOOL vs MANCHESTER CITY

aduh.. malam ahad nie merupakan malam yang menentukan liverpool untuk mengurangkan jarak mata dengan MANu.. harap2 gerrard pulih sepenuhnya dan turut berentap malam tue.. and hope sangat liverpool menang. nanti mampus kena kutuk ngan laki aku kang..
aduh panas telinga aku.. dan penantian yang amat menyeksakan.. mudah2an kemenangan pihak Liverpool.