Try to do something to achive something in my livE

Welcome to my blog..
You can reading about my daylife story here..
My family is only a very simple family..

tahun 2011.. umur semakin meningkat..
keperluan dan kepentingan anak perlu di utamakan.. kehidupan penuh dengan dungaan..
YA Allah permudahkanlah perjalanan hidupku sekeluarga..

A.Z.R.I.N.A

A.Z.R.I.N.A

Monday, January 31, 2011

5th Anniversary

hari ni tanggal 31.01.2011 genap 5 tahun aku mendirikan rumah tangga dengan suamiku
tercintun Azrishan a.k.a ancik
dalam tempoh usia perkahwinan ku ini
bermacam2 suka dan duka yang kami tempuhi bersama atau yang aku tempuhi sendiri
dalam tempoh masa ini juga aku dah melahirkan 2 insan umat Allah S.W.T ke dunia_Nya yang fana nie. Aku berharap agar anak2 aku membesar dengan sihat walafiat dan mendapat sepenuhnya kasih sayang. Kebahagiaan dan kemewahan yang sederhana mungkin yang mampu aku dan suamiku berikan. Moga mereka menjadi insan yang berguna untuk keluarga dan agama. taat akan perintahNya dan menghormati insan lain yang lebih tua daripada mereka di dunia ini.

Aku juga berazam untuk memberikan pendidikan dunia akhirat yang sebaik mungkin kepada mereka berdua.. moga2 Allah mempermudahkan segala urusan ku..

tiada apa lagi yang ku pinta selain keberkatan hidup rumah tangga ku
agar ku dapat berikan yang terbaik kepada anak2ku

ermmm.. dalam meluahkan hasrat hati nie, malam nie cadangnye nak celebrate la ala kadar.. tapi tak tahulah kat mna
tapi anakku yg sulung tu biasalah.. KFC lah dia ajk pergi
agaknyer ke sana lah kot malam nie..
kehendak anak perlu di tunaikan untuk memberikan mereka rasa kepuasan, kebahagiaan dan rasa disayangi kan.. tapi kalu yang bukan2 diaorang mintak
TAK DAPATLAH!!
bak kata orang beri biar berpada n bertempat

Friday, January 28, 2011

nak update aper ek

ermmm.. dah bnyk hari x update blognie
xder story nak cter
tapi ari ni nak cter ckit pasal anak aku
yang ari tu aku bgtau ada kena demam sebab tonsil tu
baru dekat 2 mggu sihat rasanyer
dlu semalam kna lagi
aku perasan dia kena tiap kali aku bg dia makan ayamlah
betul kot kata member aku klu ada tonsil
xbleh makan ayam
tapi aper kaitannye yerk

anak aku ni lak dah la suka makan ayam
aku pn lupa ari tu suap
bukan banyak pn dia makan
1/2 ketul pn xsampi
tapi dema jugak dia
merengek2 jer dia
sakit tekak kot
air liur pun meleleh jerk
aduih bila la nk hilang tonsil tu
cian ank aku

Wednesday, January 19, 2011

Week 3 2011

ha hari nie dah masuk hari ke-19 di tahun 2011
aktiviti aku still macam biasa
bangun 5.40 mandi siap2 semayang
siapkan anak2 lak
mandikan diaorang, sidai baju n siap2 p keje
tapi kan dah lama nak bagitahu tapi lupa..
air kat umah aku macam ais batu dah rasanyer
bayangkan cam ner aku n anak2 nak madi seawal subuh sapie tu
huuiiii!! sampai tulang putih sejuknyer terasa
tapi demi meneruskan kehidupan di dunia fana nie kami tempuhi bersama
wwaaaaaaaaaaaahh! macam bangsawan gitu ayat
k chaos!

Rabu 19.01.2011

hari nie hari yang ceria jugaklah.. cuma kepala aku jer duk denyut2 lagi
tapi aku kuatkan semangat jugaklah buat kerja.
macam banyak jer keje bunyinyer kan
padahal sebenarnya actually hari nie aku..
buatkan air teh untuk budak2 cni sebab pukul 8.30 am nie nak pukat ikan kat kolam
2 kolam ok, kolam locus (bentuk U) dan kolam tanah
dua2 kolam nie ada ikan tilapia, lampam jawa dan kelah cikit jer
sarapan pagi nie kuih n nasi lemak 70 sen heheheheh

tapi hari takder luck lah
xdapat pn pukat kelah
yang dapat lampam jawa ngn anak2 dia
tilapia sikit
sebab dalam kolam tanah ada kayu dah sangkut pukat n koyak
so semua ikan 'Freeeee' balik dalam kolam
tengok nasib esok plak cam ner

Tuesday, January 18, 2011

selasa 18.01.2011

Hari ni hari selasa.. hari yang ke-18 di tahun 2011.
hari yang memeningkan kepala sebab selsema tak elok2 lagi
nak wat keje pun xder mood sangat
dah sarapan makan roti canai + air teh kurang manis

malam tadi malam yang amat mememingkan kepala
pening sangat, tak tahu kenapa
badan panas.. tapi selimut sampai 2 lapis
nasib si suamiku malam tadi baik hati sangat tak tahu aper angin dia
tolong picitkan kepala dan sapu minyak kat badan
tq n luv u sayang
maklumlah sejak dah ada 2 anak nie
masa untuk berdua-duaan dengan si suamiku terhad sangat
tak der masa dah manja2..
sebab tiap kali suamiku duduk sebelah jer
dua anak laki aku datang
sekarang anak aku dah umur 5 tahun yang sulung tu
so kami nak ajar dia tidur asing dah dengan kami
tapi kami just seperate our tilam
tapi bila pukul 12 malam jerk
pasti dia angkut bantal2 dia p tidur gak kat lengan abah dia
xder can mak dia nak tidur kat lengan abah dia dah
asyik dia dua beradik jerk
kadang2 jelous sangat tengok suamiku asyik2 layan anak2 dia jerk
heheheheh ngan anak pun jelous

tapi xperlah sementara diaorang pandai berdikari bawa diri berdua
mak dia beralah lah. Demi anak tersayang kan
mak dia korbankan aper saja.
hehehhehehe

Monday, January 17, 2011

Luahan Hati..

Aku tak tahu hal nie ada terjadi kat korang atau tak..
Aper perasaan korang bila permintaan korang yang sangat senang untuk ditunaikan
dihampakan.. bila orang yang kau sayanag berkata diri kau tak sempurna
memang manusia tak sempurna.. hanya malaikat yang sempurna..
tapi adakah dia pun bermusahabah diri..
Janji yang tak pernah ditunaikan.. hanya janji tinggal janji
dan tak pernah aku ungkit atau tuntut..
aku buat kerja2 rumah seperti biasa..
makan minum tak pernah tak ku jaga..
share perbelanjaan rumah tangga bersama..
ketepikan kehendak sendiri dan keluarga..dan utamakan kehendak dia..
adakah aku masih tak sempurna di sisi dia
tak pernah memandang lelaki lain walaupun diri nie menyedari banyak kekurangan diri dia.. tak pernah meminta sesuatu di luar kemampuannya..

masih tak sempurnakan aku nie..
tapi aku tak reti nak berlakon..
apa yang aku buat selama nie..
itulah aku.. kalu dulu kata aakan terima aku seadanya..
kenapa kata2 itu akhirnya dilafazkan..
tak tahukah dia aku sungguh sedih mendengar ungkapan tu..
dulu lagi telah ku kata..
aku banyak kekurangan..
tak pandai masak..
tak pandai nak amik hati orang..
tapi katanya xper..

aku dah buat yang terbaik semampu diri ini..
tapi.. aku tak tahulah apa lagi yang perlu aku buat..
baru sempurna diri nie pada nya..

Friday, January 14, 2011

ermmm..sambungannyer

ha pagi tadi aku meeting tu kan mcm biasa jer..
perkara biasa jer..berkenaan sasaran pengeluaran benih tahun nie
n cara nak capai target..

n bila round table tu aku basuh depa cukup pasal bab cuti
lepasss geraammmmmmmmmmm!!
bukan nak tunjuk kuasa
cuma nak diaorg nie bleh patuh dengan arahan kerja jer
ni main suka hati jerk nak cuti..
siap hutang cuti lagi tu xtahan
yang susah akulah yang tukang rekod..
dalam jahat2 aku n lepas geram aku masih waras lagi
tetap cover gak report thn lps..
tapi tahun ni no x-cuse aku dah ckp dpn sumer td..

Jumaat

hai kekawan hari nie hari jumaat 14.01.2010
hari nie aku ada wat meeting kat opis nie ngn pegawai baru
tak tahulah per topik2nyer yg akan dibincangkan..
tapi yang aku nak bgtau kat sni aku ari nie xsihat plak
nielah kesudahannya x cukup tido 3 hari lepas
mlm tadi lepas masak nasi dagang..
rasa macam nak tumbang dah..
tapi kuatkan iman dan badan selesai semayang isyak
tumbang terus.. pening pale n sejuk sgt..
ari nie pun demam tapi sebab ada meeting n nak amik minit
aku mari jugak ari nie keje..
nnt kalu aku dan aku update lak cter pasal masakan aku mlm tadi nasi dagang
tapi x sempat amik gambar memandangkan
kepala pening. k la chao's

Thursday, January 13, 2011

panggilan hangit!!!

hahahahahhahaah lawaks sangat panggilan hangit hari nie
bagi sape2 yang dengar mesti gelak terbahak-bahak

aku suka sangat dengar HOT FM (am krew) mcm2 segmen..
mcm2 watak ada..
tapi pagi tadi laki aku ckp dia lak nak kenakan aku panggilan hangit..
hahahhaha aku nak tengok sape kenakan siapa dlu..
nak cari topik ni nak kenakan panggilan hangit kat dia nie
berikan cadangan topik p yang sesuai k

Wednesday, January 12, 2011

demam lagi anakku nie

ha bagi uols yang xtau..
i nak kasitau k
semalam i terpaksa amik cuti emergancy untuk jaga anak aku yang no 2 tu AKIF
dia demam.. bila tidur malam dlu semalam (isnin) dia mengamuk2..
bila cek perut dia kembung..
sapu minyak urut2 baru tido
tapi dia nak kita pegang j perut dia..
bila aku alihkan tangan jer dia nangis
xperlah.. berkorban demi anak..

pada bagi tu..(selasa) aku bangun tido mcm biasa (5.30am)
dia tidur agak nyenyak.. so plan2 aku o mandi2
siap2 semayang subuh.. nak p kejutkan dia
aku terkejut sangat.. panas giler bdan dia
mula2 tu ingat sbb tangan aku sejuk lepas mndi
lebih kurang 10 minit pegang dia yang ngamuk2 tu aku rasa xsedap hati
biasa dia xpernah meragam pagi2
nak plak ajak p mndi lagi laju nak buka baju..
ni duk nangis jer..aku terus p amik termometer
sekali aku cek.. mak ai terperanjat aku..
suhu dia 38.9 darjah..
aku terus bgtau abah dia..
so kami pun bawa dia p mandi n siap2 utk bawa klinik..
tapi sebelum p klinik aku masuk ubat punggung kat dia..
sbb bdn dia panas sangat..
pastu p klinik doktor cek tonsil dia bengkak lagi
baru 2 minggu lepas demam tonsil bengkak ni kna lagi padahal dah habis antibiotik
doktor bagi aku suap.. aduh.. seharian lah aku duk jelum kepala dia ngan asam jawa..
malam tadi pn mcm panas sgt..2,3 x aku bg dia makan ubat demam
alhamdulillah pagi tadi ok ckit
n ari nie hantar p taska..
pagi tadi telefon pn cikgu kata ok.. lega sikit..
k lah aku nak telefon cikgu dia lagi sekali ni..
daaaa!1

aktiviti ahad 09.01.2010

hai hari nie baru sempat nak cter pasal hari ahad nyer aktiviti

mak dan abah biasalah kerja harian..
menyapu,basuh baju, masak n makan..
makan xlupa ok hehehhe

ok lepas makan si abang di hidangkan dengan CD belajar dia..
hari belajar pengenalan tentang sains dan beginner english convosation..
adalah dua tiga benda dia dah ingat..
lega sikit hati mak n abah dia dengar..
cuma dia tak tahu nak membaca jer..
bila keluar gambar dia tahu n kenal ejaan..
bila suh baca tanpa gambar fail sikit..
so aku dah tahu dah kekurangan pembelajaran dia kat taska tu..
cikgu dia x ajar membaca n mengeja..
so dalam minggu ni bila ada time free jer aku siapkan nota utk ajar dia mengeja..

habis ajar dia dalam pukul 5 mcm tu..
abah dia pun tidurkan si adik dia..
petang nie masa mak n abah dia plak main..
main badminton.. dah lebih 3 bulan tak main
bila main mak ai sakit2 otot2 aku nie..
tapi sekali sekala beriadah xperlah
tahan jer lagipun minggu nie tak sempat nak g joging..
so kuarkan peluh ckit r lepas dah makan macam2 minggu nie.
hehehehheh

Monday, January 10, 2011

agenda kerja 08.01.2010

dah bosan nak update blog stail baru plak..

agenda aku
pukul 6.40 pagi : bangun tido dikejutkan oleh 2 anak
pukul 7.00 pagi : buat sarapan, mesin baju, sidai baju
hingga
pukul 10.30 pagi
pukul 10.45 pagi : mandi dan siap2 nak pergi sentul cari buku azeem
pukul 11.30 padi : keluar rumah menaiki kereta myvi WQD 3985 ke Sentul Kl
pukul 12.05 tgh : jumpa dealer kedai buku dan beli 1 set buku + cd rom
pukul 12.45 tgh : perjalanan balik singgah di Giant Bt. Caves dan melayan kerenah 2 hingga orang anak shoping moping jap
pukul 2.15 ptg
pukul 2.15 ptg : balik rumah naik keter yang sama
pukul 2.45 ptg : sampai rumah, rehat2, buat keje rumah cikit2, makan2
pukul 5.00 ptg : buka kolam anak dan pam
pukul 5.20 ptg : layan anak main sambil basuh kereta n pourch
pukul 7.00 ptg : mandi, panaskan lauk makan malam
pukul 8.15 mlm : suap anak makan n tgk Tv
Aduyai.. best palak ceter malam nie
pukul 3.00 am : tidor zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ!!

suamiku plak!!

pukul 6.45 pagi : bangun tido dikejutkan oleh 2 anak
pukul 7.00 pagi : buka TV, Vacum rumah, mandi n siapkan anak2, makan
hingga
pukul 10.30 pagi
pukul 10.45 pagi : mandi dan siap2
pukul 11.30 padi : keluar rumah memandu kereta myvi WQD 3985 ke Sentul Kl
pukul 12.05 tgh : jumpa dealer kedai buku dan beli 1 set buku + cd rom
pukul 12.45 tgh : perjalanan balik singgah di Giant Bt. Caves dan melayan kerenah 2 hingga orang anak shoping moping jap
pukul 2.15 ptg
pukul 2.15 ptg : balik rumah naik keter yang sama
pukul 2.45 ptg : sampai rumah, rehat2, tgk TV sambil layan anak2, makan2
pukul 5.00 ptg : buka kolam anak dan pam
pukul 5.20 ptg : layan anak main sambil basuh kereta n pourch
pukul 7.00 ptg : mandi, n mandikan anak skali
pukul 8.15 mlm : makan n tgk Tv
Aduyai.. best palak ceter malam nie
pukul 12.00 am : tidor zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ!!

Meet Uncle Hussain ft. Black Mentor-Drama King (Raja Drama)

the 2nd best song AJL 25

API - Pelita - AJL 25 - Final - 9 Jan 2011

harap sangat lagu nie yang champion malam tadi..
tapi ntah aper2 Tolong Ingatkan Aku plak menang..
Hampeh!! so utk kenangan terindah..
layan PELITA

Friday, January 7, 2011

HEHEHE.. nak cter lawaks hari nie ok

ermmm.. sesapa yang baca entry aku semalam tau lah al-kisah nie
kisah ni pasal si budak kecik muhd akif haiqal yang pergi sekolah kat taska abang dia
taska dia nie ada buku perhubungan. hari2 cikgu akan tulis perkembangan kanak2 dan aktiviti dan jadual pembelajaran harian mereka kat sekolah..

tapi semalam tembelang si budak kecik nie dah pecah..
anak aku yang sorang nie ada 2 kegemaran dia kat rumah
1. main dengan bear n bola getah
2. main ngn bantal busuk

yang pertama tu kira normal lah
kalu orang tengok pn bleh terima
tapi semalam dia wat aktiviti no. 2 dia plak kat taska tu
sebab semalam kat taska tu cikgu tak bagi main bear ngn bola..
semalam cikgu bagi flash kad ngan tengok cd pengenalan huruf..
so.. sebabkan aktiviti tu dia x minat..
jadi dia wat program dia sendirilah
dia usung bantal peluk dia ke hulu hilir
x join pn orang lain duk tgk cd tu

masalahnya kalu dia heret jer x kisahlah kan..
tapi dia kalu bawak bantal mesti bantal tu duk kat hidung dia jerk..
nanti klu aku sempat aku snap gambar dia main bantal tu..
nnt aku uploadkan..
korang pn mesti tersenyum klu x tergelak tgk perangai dia tu..
aku kat umh pn x jadi nak marah dia..
kalu dah tengok bantal tu macam dah tergantung kat hidung dia..
hehehhe nasiblah cikgu2 dia tu penyabar..

Thursday, January 6, 2011

perkembangan akif

semalam dah masuk hari ke-4 akif kat taska EM abang dia
tengok laporan harian dalam buku dia
cikgu dia kata dia dah ok
dah mula bergaul dengan rakan2 sebaya dia
kalau tak 2,3 hari lepas dia asyik nak berkepit dengan cikgu dia
cikgu dia kena duduk layan dia jerk kalau tak menangis la dia tu..

alhamdulillah syukur sangat sumer dah ok
tak lah aku risau sangat..

mana nak cari.. apa nak buat ni!

ermm.. macam pelik jer tajuk entry tu..
mcm xsesuai pn ada.. tapi ade aku kesah..
janji aku bleh update blog aku nie..

aku nak cter pasal al kisah anak aku azeem ni..
tahun nie.. rupa2nya tinggal dia berdua jerk yang stay kat taska dia tu
kawan2 lain sumer dah masuk tadika..
aku tengah pening ni pikir pasal dia
sebenarnya dari tahun lepas planning nak hantar dia masuk tadika smart reader
tapi last2 ari tu tak jadi sbb bulan2 yuran 300
bukan berkira
tapi tak mampu aku nak bayar
banyak tanggungan lain lagi yang perlu di bayar..
tapi bila pikirkn pelajaran tu untuk masa depan dia
sedih pun ada sebab tak dapat hantar dia tadika tu..

tapi semalam aku ada dapat idea nak beli set belajar smart reader
aku bleh guna untuk ajar dia hujung minggu..
tapi xjumpa plak stokis tu..
kertas alamat kedai tu pun dah tak der..
ntah mana campak masa pindah ari tu..
eeeeeeeeeee.. tension sangat!!
tolon2!!

Monday, January 3, 2011

1st day Akif di Taska EM

hari nie first day anak aku yang kedua masuk taska tempat abang dia..
hope dia boleh sesuaikan diri dengan pengajar n penjaga dia..
bukan per dia tu bukan senang nak bergaul ngan orang yang dia tak kenal..

aku dah bekalkan semua keperluan harian dia hari nie..
mudah2an dia cepat pandai sesuaikan diri dengan aktiviti taska tu..
ALL THE BEST MY BELOVED SON

Abang dia plak aku terpaksa stay kat taska tu dlu sebab tak cukup budget nak hantar masuk SMART Reader.. Tapi tahun depan insyaallah, lagipun aku dah nekad nak ngajar dia dirumah..
harap2 semua berjalan lancar untuk anak2 aku seperti yang dirancangkan. GIVE ME MORE STRENGH YA ALLAH!!

bad beginner in new year

aku sedih, marah, geram, terkilan dan bercampur baur perasaan ni.. xtau mcm mna nak describe dh..sakiiiiiiitttttttttttttt hati!!

sakit hati bila
tak dihargai
tak disyukuri
tak boleh di terima
tak boleh dapat apa yang nak.. walau pn benda tu senang sangat.

ya Allah berikan aku kekuatan dan kesabaran menempuhi hidup ini.
sesungguhnya aku rasa pada saat macam ni, hanya ibu bapa aku jerk yang boleh menenangkan hati ini..