Try to do something to achive something in my livE

Welcome to my blog..
You can reading about my daylife story here..
My family is only a very simple family..

tahun 2011.. umur semakin meningkat..
keperluan dan kepentingan anak perlu di utamakan.. kehidupan penuh dengan dungaan..
YA Allah permudahkanlah perjalanan hidupku sekeluarga..

A.Z.R.I.N.A

A.Z.R.I.N.A

Tuesday, February 24, 2009

berita hari nie plak...

Harapan semakin pudar ...

inilah tajuk yang meragut jiwa para penyokong liverpool hari nie di muka surat 30, berita sukan Akhbar utusan.. Kelebihan mata ManU sebanyak 7 mata menduduki tempat pertama liga menyebabkan liverpool mempunyai masalah utama untuk kembali berada di tahta liga.. kecuali apa yang diperkatakan dalam akhbar utusan hari mampu menyekat kemaraan manU untuk memungut 3 mata penuh dalam 12 perlawanan terakhir adalah benar. iaitu yang mana united berdepan kecederaan pertahanan, ini akan membantu liverpool mengalahkan manU dalam pertemuan pada 14 mac nanti di old trafford manchester sekiranya keceraan benteng pertahanan manU agak serius..



YOSSI Benayoun (kiri) dicabar pemain Manchester City, Micah Richards pada pertemuan di Liverpool, kelmarin. Keputusan terikat 1-1. - REUTERS

--------------------------------------------------------------------------------



LIVERPOOL, England - Rafa Benitez mengakui bahawa harapan Liverpool merebut gelaran persaingan bola sepak Liga Perdana England (EPL) kini terserah kepada keputusan dua perlawanan mereka berikutnya selepas gol penyamaan Dick Kuyt menyelamatkan mereka untuk seri 1-1 dengan Manchester City.

Gagal meraih tiga mata penuh menentang pasukan bimbingan Mark Hughes, kelmarin menjadikan Liverpool ketinggalan tujuh mata daripada juara bertahan Manchester United yang menanti pasukan Benitez di Old Trafford pada 14 Mac.

Namun di sebalik tamparan terbaru dalam pemburuan Liverpool untuk mengakhiri kemarau gelaran 19 tahun, pengurus Benitez menegaskan harapan mereka masih ada untuk memintas barisan juara Eropah milik Sir Alex Ferguson.

"Ia jelasnya lebih sukar buat kami sekarang. Kami perlu menang ke atas Middlesbrough dan Sunderland jika kami mahu menang piala," kata Benitez.

"Ini satu keputusan yang buruk kerana kami mampu melakukan lebih baik dengan peluang babak pertama kami. Saya yakin bahawa kami masih mampu melakukannya. Kami hanya perlu menang ke atas Middlesbrough dan Sunderland.

"Ia tidak mudah mengatakan bahawa United akan tergelincir tetapi masih ada 12 perlawanan lagi untuk dimainkan, jadi ia belum habis lagi. Ia jelas bahawa kami akan terpaksa ke Old Trafford dan menewaskan mereka.

"United dengan jelasnya mampu memenangi perlawanan dengan kualiti mereka, tetapi jika mereka kalah, kami perlu menang dan berada di sana untuk meraih kelebihan," katanya.

Liverpool kini mesti mengetepikan isu tempatan kerana mereka bersedia bagi pusingan kedua Liga Juara-Juara esok menentang Real Madrid di Bernabeu.

Benitez mengakui bahawa masih ada keraguan mengenai sama ada ketua pasukan Steven Gerrard akan pulih daripada kecederaan urat pelipat lutut selama tiga minggu tepat masanya untuk menghadapi juara Eropah sembilan kali.

"Kami akan lihat Gerrard. Dia perlu berlatih dan kami akan berbincang dengannya dan doktor," kata Benitez.

"Dia meningkat, tetapi tidak mudah untuk mengatakan," katanya.

City juga kurang bernasib baik untuk menamatkan penantian enam bulannya bagi satu kemenangan liga tempat lawan.

Gol sendiri Alvaro Arbeloa pada minit ke-51 memang kurang dialu-alukan dan pelawat sepatutnya menjaringkan lebih banyak jaringan.

Prestasi Craig Bellamy menentang bekas kelabnya merupakan kunci kepada usaha mengagumkan mereka dan bos City, Mark Hughes mengakui bahawa pemain antarabangsa Wales itu ada sebab untuk dibuktikan kepada Liverpool.

"Anda sentiasa mendapat pemain yang mahu beraksi baik menentang bekas kelab mereka dan Craig tidak terkecuali dalam hal ini," kata Hughes.

"Dia mungkin berasa bahawa dia tidak mendapat satu peluang yang adil apabila dia berada di Liverpool.

"Namun dia masih seorang pemain bermutu dan dia telah melaksanakan dengan amat baik buat saya dalam masa singkat apabila dia berada di kelab," katanya.

Hughes, pemenang gelaran dua kali ketika menjadi pemain Manchester United, mengakui bahawa bekas kelabnya kini di posisi depan untuk memenangi liga selepas keputusan itu.

"Masih ada perlawanan untuk diharungi, jadi Liverpool boleh bangkit semula tetapi mereka bakal berharapkan United terjatuh untuk menjayakannya," katanya.

"Bagaimanapun United tidak tampak akan banyak jatuh, jadi ia sukar bagi Liverpool sekarang," katanya.

Dalam babak pertama, Liverpool cukup garang. Ketiadaan Gerrard meninggalkan satu lubang besar di belakang penyerang tunggal, Fernando Torres dan ia tidak diisi dengan baik oleh pemain kecil Israel, Yossi Benayoun yang langsung gagal untuk menyulitkan penjaga gol City, Shay Given dan barisan pertahanannya.

Namun City cukup yakin dan ia tidak mengambil masa yang lama buat mereka mendapat balasannya selepas separuh masa.

Umpanan Robinho kepada Vincent Kompany membuka perangkap ofsaid dan pemain tengah Belgium itu menarik ke belakang untuk Bellamy yang rembatannya menewaskan Jose Reina menerusi satu tampanan daripada Arbeloa.

Ia satu pembukaan yang diharapkan dan City semakin gagah Ireland mendapati satu gol dibatalkan kerana ofsaid sebelum Robinho mengirim satu sepakan bebas yang tersasar sedikit.

Namun entah dari mana, Kuyt menyamakan kedudukan Liverpool pada minit ke-78 dengan satu serangan jarak dekat. - AFP

No comments: