Try to do something to achive something in my livE

Welcome to my blog..
You can reading about my daylife story here..
My family is only a very simple family..

tahun 2011.. umur semakin meningkat..
keperluan dan kepentingan anak perlu di utamakan.. kehidupan penuh dengan dungaan..
YA Allah permudahkanlah perjalanan hidupku sekeluarga..

A.Z.R.I.N.A

A.Z.R.I.N.A

Thursday, March 5, 2009

result

Premier League round-up (04.03.2009)

Manchester United tightened their grip on the title with a win at Newcastle, while
...Newcastle 1 Man Utd 2...

Aston Villa floundered at Man City.
...Man City 2 Aston Villa 0...

Stoke 2 Bolton 0
Wigan 0 West Ham 1
Blackburn 0 Everton 0
Fulham 0 Hull City 1
Spurs 4 Boro 0

ermmm.. nielah keputusan perlawanan malam tadi. tak sangka tol menang jugak ManU malam tadi. ermmm... sape2 penyokong the reds yang dah baca paper pagi nie.. mesti dah terbaca pasal kata2 benitez pasal game the reds, kalu sape2 yang belum baca nie dia kenyataan dia... terutama tentang pertemuan sengit di Old Trafford 14.03.2009 nanti.

'Lupakan juara jika kalah pada United'
LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez (gambar) memberitahu pasukannya agar melupakan gelaran Liga Perdana England jika gagal menewaskan Manchester United pada perlawanan yang dijadual berlangsung pada 14 Mac ini.

Benitez menyaksikan pasukannya berjaya merapatkan jurang empat mata menghampiri pasukan bimbingan Alex Ferguson selepas mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Sunderland di Anfield, kelmarin.

Liverpool yang masih mempunyai baki 10 perlawanan liga, telah beraksi lebih dua perlawanan berbanding United tetapi mereka akan berkunjung ke Old Trafford dalam perlawanan liga seterusnya berbekalkan keyakinan tinggi hasil jaringan penyerang muda Perancis, David Ngog dan Yossi Benayoun.

Bagaimanapun, peluang Reds untuk merangkul gelaran domestik akan berakhir jika anak-anak buah Benitez tidak mencatatkan kemenangan di Old Trafford buat pertama kali dalam tempoh lima tahun.

"Kami akan cuba memenangi perlawanan di sana. Jika kami tidak berjaya mencatatkan kemenangan di sana, ia begitu sukar buat kami. Kami perlu menunggu dan melihat apa yang akan berlaku terhadap United terlebih dahulu.

"Kami perlu melalui setiap perlawanan dengan yakin dan hanya memikirkan tentang diri kami sendiri," kata Benitez selepas melihat Liverpool berjaya mencatat kemenangan pertama dalam tiga perlawanan liga sebelum ini.

Benitez berjaya bernafas kembali selepas tewas dalam perlawanan liga Sabtu lalu menentang Middlesbrough.

Ngog yang akan berusia 20 tahun bulan depan, menjadi inspirasi kemenangan Liverpool selepas dia berjaya beraksi dalam kesebelasan utama buat pertama kali dengan mencatat nama sebagai penjaring dan mencipta gol untuk Benayoun.

"Kami amat memerlukan kemenangan ini, selepas tewas perlawanan sebelum ini, kami begitu memerlukan tiga mata.

"Kami berjaya menunjukkan perwatakan sebenar dan reaksi daripada pemain sangat bagus.

"Sunderland mempunyai beberapa peluang terbaik tetapi selepas itu kami berjaya mengawal bola dan Ngog beraksi dengan baik.

"Sunderland bermain dengan baik dan sering melakukan serangan balas.

"Kami perlu mengekalkan ketenangan dan mencari ruang untuk mencipta peluang," kata Benitez.

Sementara itu, pengurus Sunderland, Ricky Sbragia menganggap peluang terbaik yang dilepaskan oleh Kenwyne Jones pada separuh masa pertama memberi petanda buruk buat mereka sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan berturut-turut.

Pemain kebangsaan Trinidad and Tobago itu hanya berdepan dengan penjaga gol, Jose Reina tetapi gagal dan menyaksikan aksi separuh masa pertama kekal tanpa jaringan.

"Jika kami tidak melepaskan peluang itu mungkin permainan akan berbeza. Dia mampu untuk menjaringkan gol. Dia mengetahuinya tetapi dia pernah menjaringkan beberapa jaringan penting untuk kami musim ini," kata Sbragia.

Sbragia menolak untuk meletakkan kesalahan Sunderland terhadap penjaga gol, Marton Fulop yang gagal memintas sepakan Ngog di mana memberi ruang kepada Benayoun untuk menjaringkan gol.

"Ia satu kesilapan dan dia tidak mahu menyaksikan semula melalui rakaman video. Saya sangat gembira dengan prestasi mereka pada separuh masa pertama, apabila kami berjaya mengikat kedudukan 0-0 kami berharap dapat meneruskannya dan memperoleh sesuatu, tetapi kami berpeluang untuk melakukan dengan terbaik selepas gol pertama.

"Jaringan kedua membunuh permainan kami," ujar Sbragia yang berjaya membawa Sunderland keluar dari zon penyingkiran sejak menggantikan Roy Keane selepas bekas ketua pasukan United itu meletak jawatan. - AFP

Masih adakah sinar harapan buat the reds menjulang trofi EPL?? Just pray 4 it.
>>>>>>>>>>>>>>>>>> you never walk alone!! the reds <<<<<<<<<<<<<<<<<<

No comments: