Try to do something to achive something in my livE

Welcome to my blog..
You can reading about my daylife story here..
My family is only a very simple family..

tahun 2011.. umur semakin meningkat..
keperluan dan kepentingan anak perlu di utamakan.. kehidupan penuh dengan dungaan..
YA Allah permudahkanlah perjalanan hidupku sekeluarga..

A.Z.R.I.N.A

A.Z.R.I.N.A

Wednesday, October 29, 2008

Pertandingan Mewarna Kimi

Baru2 ni taska kimi ada wat pertandingan mewarna, macam xcaya jer dia dapat no.1 hehehhe
buktinya???

Hari-hari yang berlalu hingga hari ini

Masa beredar dengan terlalu pantas..siang, malam.. pejam , celik anak aku xlama lagi nak sambut birthday ke 2 tahun pada 05.12.2008 nie. Cepat betul, perubahan yang telah dilalui dan ank aku membesar dengan sihat sekarang walaupun kerap demam. Tapi alhamdulillah sejak umur dia 1 1/2 tahun hari tu dia xdemam2 lagi, ini sumer mungkin sebab bantuan vitamin tambahan yang aku selalu beri dia makan.. Scouts Emultion. Serba sedikit tentang perkembangan tumbesaran anak aku kimi. Dia mula niarap masa umur 3 bulan, 5 1/2 - 6 bulan mula menyorong badan kedepan, masuk 8 merangkak dan duduk, 12 bulan berjalan, 14 bulan pandai sebut nama mak dan abah tapi pelat.. sampi sekarang dia pelat tapi dia dah pandai bercakap macam2.. Binatang yang dia suka tengok (monkey n bird). Sejak aku hantar dia msuk taska masa umur dia 1 thn 1 bulan sekarang dia dah pandai dan suka belajar benda baru @ apa yang aku ajar kat dia. Nie gambar2 dia dari kecil hingga sekarang.

















































































































Thursday, October 23, 2008

Detik Kelahiran..

Hari berlalu sungguh cepat. Lepas check-up beberapa kali akhirnya aku bakal melahirkan ank aku yang sulung nie xlama lagi dah.. Kalau ikut due 06.12.2006. Tapi seminggu dari tarikh tu aku dah rasa sakit dan aku telah ke hospital, 3 hari jugak duduk kat wad Hosp. Bentong, akhirnya aku dibenarkan pulang dengan diberi 2 hari MC. Doktor kata kalau rasa sakit lagi tiap2 hari selepas keluar wad doktor suruh datang sambung mc.Lepas aku minta sambung dapat satu hari jer..sebab doktor yang suruh aku amik mc tu MC lah plak dia time tu.

Malam tu laki aku kerja malam, disebabkan dia xsedap hati nak tinggalkan aku malam tu, sia suruh aku bermalam di rumah mentua aku, malam tu sebelum dia pegi kerja kami sekeluarga tgk ceter BILUT, aku rasa mcm sakit perut. Macam orang kena cirit-birit, memulas-mulas. Aku terus masuk tidur, xlama lepas aku tido laki aku kejutkan, sebab dia nak ke tempat kerja.
Agak-agak dalam pukul 11.30, handset aku bunyi " abang dah sampai kilang, klu rasa sakit cepat2 kejutkan mak k " Aku tersenyum sendiri. Hati rasa mcm nak buang air plak, malasnya nak bangun, perut pun mcm sebu jer. Alah xtahan lah rasanya... Aku ke bilik air dan aku lihat ada darah meleleh di betis aku. Niat aku terus terbantut, aku basuh kaki dan aku terus kejutkan mak mentua aku. Kemudian tepon misi, dan dia check dah buka 1 cm, kamudian aku terus di bawa ke hosp. Temerloh.

Sejam dalam wad kecemasan nurse kata aku mungkin bersalin esok pagi lalu aku di hantar ke wad biasa.

Besoknya dalam pukul 9.30 pg aku dah tahan sangat dah, makin sakit pinggang aku, dah x tertahan lagi bila misi check dh 6 cm so dia suh aku siap2 untuk ke dewan bersalin. Dalam pukul 10.35 pg aku selamat melaahirkan anak lelaki dengan berat 3 kg dengan bertemankan suami aku disebelah katil, rasa gembira sangat.. Hingga berguguran air mata. Akhirnya pewaris keluarga aku yang di nanti2 telahpun selamat dilahirkan..





selepas dilahirkan







Doktor kemudian mendapati anak aku ada G6Pd so kena tahan kat ICCU 3 hari.. kesian dia aku sedih sangat masa tu, terpaksa duduk bawah lampu dahlah dengan keadaan aku masa tu xberapa sihat lagi.



Mangandung la plak..

ermm..agak lama dh xtulis sambungan blog nie.hari ni kita mula ngn ceter kehadiran orang ke-3 dalam perkahwinan kami.. my beloved son.

Masa tu dalam bulan 3 klu xsilap. Lama dah tggu date period tp dah seminggu lewat. Hati dah mula debar-debar dan pikir macam2.

Macam biasa ari jumaat lepas habis waktu kerja aku bergegas ke Pekeliling untuk naik bas Central Pahang untuk balik ke Bentong, maklumlah lepas kawin xdapat2 lg tukar kan terpaksalah berulang alik.

Besoknya aku bangun dan siapkan sarapan kat suami aku. Bila dia pegi keje aku siapkan segala kerja surirumah, bila tengahari baru teringatkan pragnantcy test yang aku dah beli dua hari lepas.

Aku pun buat lah pemeriksaan dengan penuh debaran, akhirnya keputusan +. Aku terus bgtau laki aku akan hal nie, dia gembira sgt. Sampai dia kata xpayah masakkan mkn malam kat dia, dia nk belanja. Malam tu kami pun pg lah makan kat restoran Tom YAm Seafood kat pekan bentong tu.

Friday, October 10, 2008

Gambar2 koleksi bersanding







Tarikh keramat <<31.01.2005>>

Berdebar-debar rasa hati nie.. jam dah hampir pukul sepuluh nak bersiaplah dulu, biarlah kerja ni orang lain yang buat nanti xsempat nak ke masjid.

Bersiap ala kadar dan menuju ke masjid untukmajlis akad nikah, huh!!! macam mna nie takutnyer rasa macamnak gugur dah jantung nie.

Selepas sekali lafaz akad, sah aku dh jadi isteri dia, majlis pembatalan air sembahyang disambung selepas itu dengan seutas rantai dipakaikan keleherku dan ciuman hangat didahi.
Bergambar seketika dan kami bertolak ke rumah aku untuk bersiap untuk majlis persandingan tengahari tu jugak..

Hari yang panas, berpeluh-peluh dibuatnya.Dengan 3 persalinan aku sorang jer sudahnyer menghabiskan sesi bergambar tu dengan persalinan yang ketiga, suami aku dah xlarat.

Selepas bergambar aku ke khemah untuk makan2 dan kemudian, kelaurga mentua aku dah bersiap untuk balik, aku hantar mereka ke kereta dan mereka bertolak balik..

Alhamdulillah lega rasa selepas semua selesai, cuma aku akan bersama dengan suamiku akan menempuh alam kehidupan bersama yang baru selepas ini. Apa dugaan yang mendatang akan dihadapi bersama.. Nanti aku akan uploadkan gambar2 semasa majlis perkahwinan aku berlangsung untuk tatapan semua. Arios!! jumpa lagi

Thursday, October 9, 2008

saat ikatan semakin dikukuhkan

hari ni adalah birthday aku yang ke 20, hari jugak hari pertunangan aku.. xsangka pertemuan 4 bulan lalu telah menyatukan kami berdua..xder ape yang istimewa hari tu cuma pihak aku sediakan makan2 biasa jer.buat nasi dagang utk rombongan pihak ancik (nama paggilan utk suami aku) dan hari tu jugak sebenarnya kami tengah bergaduh.. seminggu sebelum tunang lagi kami gaduh so masa tunang tu xderlah bergambar2 sebab xbertegur sapa lagi.. masing2 tengah marah kan..puncanya pasal nak tetapkan tarikh pertunangan tu jer..pihak dia nak buat 01.06.04 tp aku nak buat 04.06.2004 tu sebab konon2 nak samakan dengan tarikh birthday aku.. Berapa lama nak bertunang, belum ditentukan lagi, mungkin awal @ mungkin sampai 1 tahun.kemudian kami tentukan sendiri ikut perjanjian dan persetujuan kedua belah pihak. Nak upload gambar masa tunang xder yang khas pun, nanti aku uploadkan gambar kawin jerlah..