Try to do something to achive something in my livE

Welcome to my blog..
You can reading about my daylife story here..
My family is only a very simple family..

tahun 2011.. umur semakin meningkat..
keperluan dan kepentingan anak perlu di utamakan.. kehidupan penuh dengan dungaan..
YA Allah permudahkanlah perjalanan hidupku sekeluarga..

A.Z.R.I.N.A

A.Z.R.I.N.A

Thursday, October 23, 2008

Detik Kelahiran..

Hari berlalu sungguh cepat. Lepas check-up beberapa kali akhirnya aku bakal melahirkan ank aku yang sulung nie xlama lagi dah.. Kalau ikut due 06.12.2006. Tapi seminggu dari tarikh tu aku dah rasa sakit dan aku telah ke hospital, 3 hari jugak duduk kat wad Hosp. Bentong, akhirnya aku dibenarkan pulang dengan diberi 2 hari MC. Doktor kata kalau rasa sakit lagi tiap2 hari selepas keluar wad doktor suruh datang sambung mc.Lepas aku minta sambung dapat satu hari jer..sebab doktor yang suruh aku amik mc tu MC lah plak dia time tu.

Malam tu laki aku kerja malam, disebabkan dia xsedap hati nak tinggalkan aku malam tu, sia suruh aku bermalam di rumah mentua aku, malam tu sebelum dia pegi kerja kami sekeluarga tgk ceter BILUT, aku rasa mcm sakit perut. Macam orang kena cirit-birit, memulas-mulas. Aku terus masuk tidur, xlama lepas aku tido laki aku kejutkan, sebab dia nak ke tempat kerja.
Agak-agak dalam pukul 11.30, handset aku bunyi " abang dah sampai kilang, klu rasa sakit cepat2 kejutkan mak k " Aku tersenyum sendiri. Hati rasa mcm nak buang air plak, malasnya nak bangun, perut pun mcm sebu jer. Alah xtahan lah rasanya... Aku ke bilik air dan aku lihat ada darah meleleh di betis aku. Niat aku terus terbantut, aku basuh kaki dan aku terus kejutkan mak mentua aku. Kemudian tepon misi, dan dia check dah buka 1 cm, kamudian aku terus di bawa ke hosp. Temerloh.

Sejam dalam wad kecemasan nurse kata aku mungkin bersalin esok pagi lalu aku di hantar ke wad biasa.

Besoknya dalam pukul 9.30 pg aku dah tahan sangat dah, makin sakit pinggang aku, dah x tertahan lagi bila misi check dh 6 cm so dia suh aku siap2 untuk ke dewan bersalin. Dalam pukul 10.35 pg aku selamat melaahirkan anak lelaki dengan berat 3 kg dengan bertemankan suami aku disebelah katil, rasa gembira sangat.. Hingga berguguran air mata. Akhirnya pewaris keluarga aku yang di nanti2 telahpun selamat dilahirkan..





selepas dilahirkan







Doktor kemudian mendapati anak aku ada G6Pd so kena tahan kat ICCU 3 hari.. kesian dia aku sedih sangat masa tu, terpaksa duduk bawah lampu dahlah dengan keadaan aku masa tu xberapa sihat lagi.



1 comment:

Latif Maulan said...

salam..keciknyer baby tu... jgn lupe jadi follower dlm blog i pulak ...terima kasih http://latifmaulan.blogspot.com/